tertarik, menarik : adam dan hawa



Pagi petang siang malam semua nak tengok adam hawa je. Blerghhh bila cerita ni nak habis. Sebab aku rasa 80 episod tu sgt lama woi. Mcm tunggu durian gugur.. kehkeh

Almaklumlah dekat rumah manade mustika HD, so that haruslah menggunakan wifi utk nonton. Ya ampun dgn buffering lagi rasa mcm nak campak hempok laptop dekat tilam je. Nampak sgt tak sabar kan. Masya Allah syuhada.

Aku addicted cerita ni masa dekat segamat lagi, kalau cerita ni live dekat tv kul 10.30 kan, aku sanggup tunggu sampai pagi utk tengok online. Aaa kekadang je la sbb terlalu addicted. Why why huhh? Because ada aaron ajis lah. Haha aaron no kalau acting phewww memang superb kan sbb menjadi betol. Dan beliau sangat hamsem lah kan tu sbb aku suka tengok adam hawa. Trotototototottotttt =3

Okay ni sinopsis dari novel :


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...


Kalau nak tengok dekat online pun okay jugak, tekan sini adamhawa.

Semoga terhibur! Byeee uolsss :)



terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

Bermula disini, berakhir disini


Assalamualaikum semua orangg. Mari kita semua berjoget sikit. Jehehehe ;] alhamdulilah, dengan jayanya sekarang aku dah merdeka tapi result tak keluar lagi, so kena banyak-banyak berdoa. Semoga aku dapat grad on time. Insya Allah amin. Dua tahun setengah tu macam sekejap je rasanya kan. Aku rasa macam baru semalam je habis mds ( minggu destini siswa  a.k.a orientasi uitm ) okay ini tiputipu.

Bila aku habis belajar ni barulah aku teringat satu kata-kata cikgu sepul dulu

Bila habis sekolah, awak akan merindui zaman sekolah tapi percayalah bila awak belajar dekat u, awak habis belajar dekat u, kerinduan zaman dekat u tu tak sama mcm dekat sekolah. Pasti lebih best !

 aku percaya kata-kata beliau ni. Sebelum aku habis dulu aku tak rasa sangat tau tapi bila dah betul-betu nak habis, aku tak boleh tipu diri aku ni. Aku memang sedih sangat. Malam terakhir aku dengan budak kelas masa aku minta maaf dengan diorang aku dah mula sebak. Tapi aku tak rela airmatai ni jatuh depan mereka, hanya tuhan yang tahu betapa aku sedih sangat. Selama 5 semester kami bersama, kami buat assignment pusing-pusing sama je dgn mereka, jtuh bangun semua dengan budak kelas. Korang, tolong jangan pernah lupakan aku okay. Aku mohon. T.T . kalau rinduu jangan lupa post dekat group FB, group FB pun nama sedih, ISD1E3 IN MEMORY. Yuhuuu

we are superman and powerpuff girl of 5C <3<3


Iftar 2012



<3<3<3 T.T
 simpan semua kenangan kita ya kawan-kawan. Bila Allah dah tuliskan yang kita semua akan jumpa lagi satu hari nanti, itulah moment yang akan aku tunggu-tunggu ! aku doakan semuanya akan Berjaya dunia akhirat. :’)



terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

cerita raya, tiket dan perasaan teruja

Assalamulaikum semua orang! Hihi


Lagi berapa hari je kita nak beraya kan. Kalau kira-kira ikut kiraan aku 7 hari saja lagi kan. Tak sabarnya nak raya kan, nak collect duit raya teeeetttt haha . agak-agak dah sebesar alam ni dapat lagi ke? Miahahaha *evil laugh*

Untuk budak uitm diploma kira hari khamis tu dah tak ada kelas dah, so boleh balik dah. Tapi sedih sikit lah sbb aku balik 3 hari sebelum raya, tak sempat nak tolong mak aku buat banyak benda. Wuwuwu. Tapi takpe lah aku bersyukur jugak sbb sempat jugak beli tiket bas. Kesian kawan-kawan aku yang tiket dah habis, takpe mungkin lah ada bas tambahan. Kalau tak ada korang beraya je kat segamat tu. Best jugak kot. Kiahkiahkiah :P


segamat- jb. saya punyeee!


Ha ni cerita pasal iklan raya bernas, korang dah tengok belum? Sedih weyy wa ckp dgn lu orang. Ermm kite ni semua beraya bukan kemain lagi kan, kadang2 kite lupa dgn segelintir golongan manusia yg akan berasa sedih masa hari raya. Contonhnya mcm anak yatim piatu. Lepastu tambah dgn tak ada family lagi. Ermmm tak tau nak describe mcm mana rasa sayu tu kan. Tp bila aku tengok iklan ni banyak kali pun kan, airmata aku tetap jatuh Y________Y . paling sedih lagi dia nak balik SEGAMAT wey, again SEGAMAT antara tempat yang ada dalam hati aku ni :’)


Psssssssssttt klik sini ------> IKLAN BERNAS HARI RAYA 2012


selamat hari raya. Minta maaf kalau ada salah silap ^.^









terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

remind













terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

apa yang kite perlu tahu :)



Bila kah jodoh itu akan datang semua nya kerja yang maha Esa,Kita manusia cuma jangan berhenti berdoa dan percaya pada kuasa Allah. Bagaimana Allah mampu ciptakan pelbagai perkara berlainan rupa,sifat & personality, begitu juga kebahagiaan. Jangan terlalu berfikir sesuatu di luar jangkaan,tapi jangan pernah putus asa pada Allah yang maha memberi kebahagiaan. :)
                 –Dina Bahrin         



Pesanan penaja: dah nak masuk bulan ramadhan kan, walapun belum lagi tapi kite nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Ehem first day puasa, kite sambut dekat rumah hihi :)

terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

sepantas supermak !


Assalamualaikum. eee lamanya tak bukak belog ni, rindu rindu rindu *sambil hentak kaki eheh ! banyak sangat benda nak cerita kat sini tapi kekangan masa yang tak dapat nak dielakkan, harap maklum yee, hihi

semester ni aku last semester, lepastu subjek agak kritikal sikit lagi2 ENT 300 *pengsan ! dah lama gila tak belajar subjek akaun pastu semester ni ada pulak belajar. Doakan segalanya dipermudahkan yee kawang-kawang ! :)

zulfadhilah, syuhada, nadiah ;) #aku baru perasan yg dorang ni pakai warna merah pastu aku sorang saja kelabu, konon mcm dorang ni apit aku lahh pftttt =.=


sayang-sayang aku kat 5c <3
Pesanan penaja; doakan kejayaan aku ye, doakan jugak segala yang aku lalui akan dipermudahkan, amin. Aku pun akan selalu doakan untuk korang semua ! bye muahhh peluk cium dari akuu! hihik




terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

ALHAMDULILLAH :)



semoga perhubungan ini sampai ke jannah. insya Allah. :)

p/s: jaga diri anda semua dimana saje anda berada. Banyak dah sekrang kes culik terjadi dan paling aku tak sangak bahawasanya ade jugak orang boleh bergurau senda pasal culik menculik ni.ummm 

terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)