JIKA NAMAMU YANG TERTULIS di LAUHUL MAHFUDZKU

Assalamualaikum. Hai koranggg. Sihat kee? Sakit yee? Olohh siannyee. Haha. Errr tetibee aku macam sewel lah pulak dah. Hoho XD .  semenjak tiga menjak ni kan, aku suka gila baca satu belog ni. fah-sal kah-win mu-dee >,< . aku rase korang pun for sure kenal  kan. Puan mira pemilik “diari rindu muhsindan mira” . sweet gilaa boleh sebab dy seusia dengan aku tapi berlainannye aku dan diorang sebab puan mira dah married. Aku baru inrelationship ahaa :D . aku jugak suka sangat baca entry fasal macam mana rasanya kahwin awal ni, pastu mulee lah aku macam nak cakap ngan mak aku yang aku macam dah nak ikut jejak langkah puan mira ngan encik suami hehe. :’)

Actually, berkahwin awal ni bagus untuk kesihatan, dan paling penting pahalanya besar berumahtangga awal ni. Hehe macam dah ade pengalaman aje muehehee. :P  . lagi satu kita dapat elakkan maksiat. Kalau dah kahwin awal, ape kite buat dengan suami kita adalah pahala. Lagipun ianya tak melanggar syariat islam. Tuh lah kan, nak jugak cakap dengan encik sayang nak suruh cepat-cepat masuk minang aku muahahah. Tapi aku tahu, ape pun keputusan mestilah mendapat restu kedua-dua ibu bapa 2 belah pihak kan. Pape pun, aku harap yang terbaik dalam hubungan kami. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai tapi insya Allah satu hari nanti kan. Aminnnnnn~ :’) lagi satu kalau kita kahwin awal kita dapat buat syaitonirojim menangiss tau :

Rasulullah bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. " - HR . Ibnu 'Addi –

So, pada kawan-kawan yang ada pasang niat, lepastu dapat restu dari family, teruskan lah niat korang tuh sebab tak rugi pun kahwin dalam usia muda ni.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Okaylah kawan-kawan, mate dah mengantuk dah ni. Selamat malam. Malam ni sebelum tidur cube fikir-fikirkan tau. Hehe. Aku pulak bile? Insyaa Allah doakan segala yang terbaik untuk aku yee. :’)





p/s;  sesungguhnya wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik. Aminn

terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

No comments:

Post a Comment