Make Du'a for Gaza.

Assalamualaikum. 

kepada rakyat Malaysia, sila bersyukur dengan nikmat keamanan yang telah diberikan. kalau nak dibandingkan dekat sini dengan sana, subhanaAllah banyak sangat perbezaanya. 

bersyukur, bersyukur, bersyukur rakyat Malaysia. Jangan doplohpatjam dok tak puaih hati jo. Y___Y kita nak apa je, semua dapat.makan minum mandi pakai semua dapat. diorang kat sana, serba kekurangan. hidup pun dalam ketakutan. and to rakyat Malaysia, please du'a for Gaza. diorang juga saudara kita, saudara seislam. dan semua org islam tahu bahawasanya doa adalah senjata orang mukmin. 


Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)


Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)






p/s : dari dulu pernah teringin sangat nak jadi sukarelawan. errr tetibe teringat, time part3 dulu pernah buat presentation pasal MERCY MALAYSIA. wuwuwu best jadi volunteer. and hopefully satu hari nanti dapat be part of them. insya Allah. ^^


terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

NOTA HATI KECILKU

assalamualaikum..

mahukan lemak yang berlebihan ? mari call saya ! huhuh. aku mengalami masalah lemak 
berlebihan, hiyakkk bencinyaaa ! inilah akibat malas utk bersenam. 

bangun pagi, terus duduk depan tv, capai makanan, makan sambil gelojoh. yaaa aktiviti yang sangat tak sihat. om nom nom nom . again tak sihat syuhada !

hurmm hurmm, bila timbang je dekat tesco semalam, rasa mcm nak rosakkan je timbang tu. walaupun timbang tu tak salah, aku rasa benci dgn kau timbang. kenapa harus terciptanya penimbang berat badan ? bencii aaaa haha. 

maka, aku dah mempunyai jadual senaman aku, ahahah. kenapa harus gelakkan diri sendiri? sebab selalu dah sangat buat jadual, mula-mula kemain, lama-lama kelaut. inilah peribahasa yg terbaru ye kanak-kanak. mih mih mih =.=



eee nampak tak betapa banyaknya perbezaanku dlm masa 2 tahun. kembang semangkuk =.=' .mencinyewwwww


dan satu yang aku sedar, aku kene kurangkan makanan laju. makanan laju = fast food = makanan segera. sbb semua makanan segera ni takdak pun yg boleh menyihatkan kita, tapi tu lah yang paling kita suka. kan kan ? 



cantik kan susunan lobak yg menjadi perkataan DIET ni kan, miss lobak, tolong aku untuk laksanakan perkataan tu pleaseee T____T





nyahlah dikau dari kamus permakananku, Sobss !


semua orangg,sebelum tu nak ucap,  SALAM MAAL HIJRAH . semoga tahun ni kita semua dapat menjadi yang lebih baik dari sebelumnyaa. Insya Allah. Ameen. semoga hidup kita ditahun baru ni diberkati dan lebih bermakna. :'D






salam MAAL HIJRAH TO ALL MUSLIM IN THE WORLD 



p/s : .May Allah accept all our Ibaadah throughout this year. "Ameen Ameen Yaa Rabbal Aalameen".♥♥

terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

IMPIAN #CHAPTER 1

assalamualaikum.

hai semua orangg . lamanya rasa tak menaip. maklmlah skrg dah tak study, jarang bukak laptop ! haha hikhok
buruk betul bunyiknya kan. biasalah on lappy untuk tengok movie lepastu gedebushh campak atas katil 

*imaginekan mcm campak peluru. yeahh i mean lontar peluru. aaaa apa aku merepek ni! 

mari melopmat ke tajuk seperti di atas kawang - kawang ! yeahh semua oarng ada impian, termasuk SAYA. 
maka, entri kali ni nak cerita pasal impian ! 


- kereta idaman


ini kereta idamanku, dari dulu sampai sekarang. hihi walaupun skrg dah banyak kereta yg terkini tp hati kita 
tetap pada yang satu ni. cewahh. haha. yeahh HONDA CIVIC TYPE- R . tak tahulah bila dapat memilikinya. tapi 

kalau tak dapat beli sendiri, dapat naik kereta my future-husband yg mcm ni pun bolehh !! :3. kite admire

 kereta ni dari  zaman frm4.  sesiapa pernah kawan dgn kita dia tahu betapa terujanyaa aku bila nampak 
kereta ni. dulu ada sorang hamba Allah ni dia nak tunjukkan betapa syg kat kite dia sanggup letak gambar 

kereta ni dekat atas meja belajar dia. padahal kita tahu sebenanrya dia suka kereta lain. hmm nak ambil hati 
kan. biasalah masa tengah bercinta ahak ahak :E



-Makkah


nak bawak mak bapakku pergi sini satu hari nanti. insya Allah. kalau ada rezeki lebih lagi, nak pergi sekali. 

tapi yang paling utama mak bapakku dulu lah. doakan ye kawang-kawang ! :)




-Italy



kenapa harus gambar gondola ni ? err saya pun tidak kefahaman. haha. aku google gambar italy semua lebih 

kurang, so terpaut pada yang ini. amik je lah. haha. aku teringin sangat nak pergi italy. sangat2 teringin. 

kenapa ? mengapa ? sbb tak tahu. memang teringin sangat2 ! sebenarnya banyak lagi tempat aku nak travel. 

huahua. tapi terlintas Italy, jd Italy jd pilihan utk kalini ni ahakss



ni sebenarnya baru sebahagian je ku mahu. banyak benda lagi tapi mata ni dah mangantuk sampai aku 

tersenggut2 dkt keyboard, maka ini sahaja yg terhasil. kyahaha. assalamualaikum, aaa sebelum terlupa haapy

 diwali pada kawan2 and cikgu2 SMKDPT, MASAI JOHOR . nak mention nama ramai sgt, so merangkumi semua 

yeah. hihi. byee 


PICTURE SOURCE: PUAN SERI GOOGLE :3





terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

Like A Princess | Baju Kurung Peplum.

assalamualaikum. 

cantik, indah, menawan, tertawan, mahu memilikinyaa. itu perasaan aku sekarang ! nak satu please. cantik gilaa wey. 

itu je apa yg aku dok fikir lagi tadi. mesti dapatkanyaa. sebelum dapatkannya haruslah berkerjayah dulu. *iklan sikit. hehh !


 sekarang trend pakai baju peplum ni kan. nampak comel je kalau pakai walaupun hakikanya muka tak comel. *sob sob sob ! aku ada satu kain kembang payung tapi bajunya takda sebab terbakar masa duk segamat dulu. sampai la ni, tak pernah lg usik kain tu.. 


so, yg lagi tadi duk berkeliaran di dalam otakku ni, nak buat baju plump ni satu lepastuh pakai dgn kain kembangg payung tuu. yayy yayy *joget ganggnam sikik. hehh 


aku ada belek berapa website yg design baju plump ni. very beautiful. :) cekidauuuuuttt *baca ikut tone lisa surihani !




bertingkat-tingkat. i likee. very pretty. design by SWEETLIKEMARSHMALLOW



bila pakai ni, I rasa mcm I pewinsess.  dgn ribbon lagi, yayyy kelik sini ---> FLEURBYMRSHIM




Hooo, mcm nak pergi bertunang pun hado ni kalau aku pakai. nyehehehe MINAZ


Jangan lupa pergi semua website tu and grab mana korang suka tau. bye!

p/s: Kenapa semua orang kawen awal nihhh..?? haihhh. *jeles tetiba* But then, I'm so happy for them. Membina masjid. Sunnah Rasulullah :)

terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

Ku Pilih Hatimu by Ussy Feat Andhika


Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati


source: KELIK SINI



p/s: i love youu, please. don't leave me alone :'|



terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

Petua Imam Syafie


Assalamualaikum.





Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


Doa dan zikir. itulah kekuatan seorang muslim :)


p/s:  Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. Insya Allah. Ameen :) let’s sharing people !


terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

Bahasa Zaman Sekarang


Assalamualaikum.

Situasi pertama:
 BF : "Haii, you tengah buat apa tu?"
GF : "1 T3N54H M424N J3"
BF : "Phone you rosak ke?"
GF : "3H, T42L4H"


Situasi kedua:

GF: Soe lawh, kitew tawk weply msg, tadew kwedit lew.
BF: sowkay kitew faham meyh.


Situasi ketiga:

BF: saia saiang awak
Gf: tipu awak ta sayang saia own.


Situasi keempat:

BF: jOm KiTe G tEnGok WaYanG, aDa MoVie BaRu
GF: bLeYh JeRk, KiTe PowN bOsAn Dok At UmAh Je NiE




sayangi bahasa anda kerana melaluinya melambangkan siapa anda. jaga-jaga anda sedang dipeghatiii  =.='



Hakikatnya inilah yg terjadi sekarang.  Ya budak-budak sekarang yang mempermainkan bahasa. Nak kata tak belajar bahasa melayu, hmmm cuba cerita sikit sekolah mana dlm Malaysia ni yg takda belajar bm? Cerita sikittt oiii ! buat malu je. Haih tepuk dada tanya diwi sendiwi leeww, kbyee


terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

Telefon Bimbit

Handphone?  Semua orang mesti ada handphone  jaman sekarang ni.  Alaa u budak darjah1 pun cikai-cikai pakai Samsung champ woi, biaslah budak-budak jaman millennium kebabom katakan. Aku dulu jaman hitam putih lagi so takdelah touch-touch ni. Yang hadoo cuma handphone buat baling ke dinding je.  Ahahahak. Tapi ai tak kisah sbb ai dapat jugak rasa zaman hitam putih sikit-sikit. Ihik ihik :p

Okay jom tengok handphone pertama ai dodulu. Dulu ai start pakai handphone zaman tingkatan dua. Yeayy masa tu kawan-kawang pakai handphone sabun, daun, n-gage, etc semua tu. Tapi aku ? aku hanya mampu pakai handphone ni jo. Tapi ai tetap besryukur. :p

     Nokia 2600.
Masa tu regenya tak mahal sgt. Dalam duaratus lebih je. Tapi pada tu aku rasa mahal la mana taknya aku kan masih di jaman sekolah, manade duit banyak tu nak beli hp gini walaupun cikai je. Hp ni takde pun specialnya. Haha. Entah kenapa ayah aku belikan. Tapi aku tetap nak ucap terimaksih sbb kalau ayah aku tak belikan, enta bila aku akn start pakai hp. Haha !  hp ni aku pakai dari form 2 sampai form 4. Kiranya incik hp ni berkerja dgn aku selama 2 tahun. Lepastu jahanam. eh eh tapi paling best keypad dia. Selesa nak menaip untuk ber-msg. selesa gituu. Taip guna kaki pun best oi. Tak tipu!



  Sony Ericson K310i.

Okay ni pulak hp aku yang ke2 setelah hp nokia tu rosak. Ni pun bukan beli pakai duit sdn.bhd. ni aunty kita bagi. Hewwww syok kan dapat hp free memanjang je. Nyuhehehehe. Dia bg pun sbb dia beli hp baru. So, kite terima hp ni sbgai hp second lee. Tapi dia tetap berfungsi dgn baik. Hehh! Seingat aku, hp ni dia punya camera 2.0 mgpxl je. Ada radio and infrared. Haha jaman sekarang ada lagi ke infrared? Semua Bluetooth aje kan. Dan paling ingat hp ni aku ada 1 je ringtone, lagu Lenka- The Show dan tu satu2 lagu yang boleh ada dalam hp tu sbb? Sbb mana ada memori card, so mana muat nak letak lebih dari 1 lagu. Haha :D. percaya atau tak. Aku pakai hp ni sampai aku part1 di uitm. Yeayyy lama dia berkhidmat dengan aku. Walaupun, selalu jatuh terpelanting jauh gila dia masih boleh guna lagi! Dan masih ada lagi tapi Cuma kene tukar battery sbb battery dia mcm gilak sikitt. hehe






Sony hazel.

Dan ini adalah hp saya yg saya guna pakai duit saya sendiri. Bangga sikit sbb selama ni semua bukan sdn bhd kan. Trototototoototo. :p dan paling suka semua cukup ada wifi, fb, twitter, camera 5 mgpxl walaupun kekadang kabur and dapat letak lagu banyak-banyak. Haha. Tapi masalahnya ada jugak sbb hp ni adalah slide, maka saya harus wajib menjaganya sebaik mungkin berikutan hp slide ni selalu cepat rosakk. Huhh .



Okay cukup dah trio hp syuhada. Nyunyunyuuuu XD. Budak-budak zaman sekarang ada lagi tak semua ni? Yelah sekarang zaman maju maneade lagi ni semua, masing touch touch touching je kan. Am I right ? :p kite teringin jugak nak pakai tab, galaxy, aah menda menda entah lagi tu tapi mak pesan “pakai je apa yang ada dulu, beringat-ingat sikit. Kalau ada duit tu simpan.mana tahu nanti susah-susah ada simpanan” mak mak, memang macam gini kan, tapi ai tak kisah, macam aiman tak kisah pakai je apa yang ada dulu, ada rezeki tak kemana kan. Ait tetibe pulak haha. Okay uollss, daa.



Pesanan penaja: dimana juga korg  berada sila berhati2 ya sebab skrg banyak sgt kes ragut, ish kawan ai dekat fb kan kena ragut dan semua gadget hilang. So pada semua jaga diri yaa. Jgn selalu mengasingkan diri di tempat awam sbb tu bahaya. Ya ampun panjang makcik ni bebel. Hehe. Bye byeee

terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

tertarik, menarik : adam dan hawa



Pagi petang siang malam semua nak tengok adam hawa je. Blerghhh bila cerita ni nak habis. Sebab aku rasa 80 episod tu sgt lama woi. Mcm tunggu durian gugur.. kehkeh

Almaklumlah dekat rumah manade mustika HD, so that haruslah menggunakan wifi utk nonton. Ya ampun dgn buffering lagi rasa mcm nak campak hempok laptop dekat tilam je. Nampak sgt tak sabar kan. Masya Allah syuhada.

Aku addicted cerita ni masa dekat segamat lagi, kalau cerita ni live dekat tv kul 10.30 kan, aku sanggup tunggu sampai pagi utk tengok online. Aaa kekadang je la sbb terlalu addicted. Why why huhh? Because ada aaron ajis lah. Haha aaron no kalau acting phewww memang superb kan sbb menjadi betol. Dan beliau sangat hamsem lah kan tu sbb aku suka tengok adam hawa. Trotototototottotttt =3

Okay ni sinopsis dari novel :


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...


Kalau nak tengok dekat online pun okay jugak, tekan sini adamhawa.

Semoga terhibur! Byeee uolsss :)



terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

Bermula disini, berakhir disini


Assalamualaikum semua orangg. Mari kita semua berjoget sikit. Jehehehe ;] alhamdulilah, dengan jayanya sekarang aku dah merdeka tapi result tak keluar lagi, so kena banyak-banyak berdoa. Semoga aku dapat grad on time. Insya Allah amin. Dua tahun setengah tu macam sekejap je rasanya kan. Aku rasa macam baru semalam je habis mds ( minggu destini siswa  a.k.a orientasi uitm ) okay ini tiputipu.

Bila aku habis belajar ni barulah aku teringat satu kata-kata cikgu sepul dulu

Bila habis sekolah, awak akan merindui zaman sekolah tapi percayalah bila awak belajar dekat u, awak habis belajar dekat u, kerinduan zaman dekat u tu tak sama mcm dekat sekolah. Pasti lebih best !

 aku percaya kata-kata beliau ni. Sebelum aku habis dulu aku tak rasa sangat tau tapi bila dah betul-betu nak habis, aku tak boleh tipu diri aku ni. Aku memang sedih sangat. Malam terakhir aku dengan budak kelas masa aku minta maaf dengan diorang aku dah mula sebak. Tapi aku tak rela airmatai ni jatuh depan mereka, hanya tuhan yang tahu betapa aku sedih sangat. Selama 5 semester kami bersama, kami buat assignment pusing-pusing sama je dgn mereka, jtuh bangun semua dengan budak kelas. Korang, tolong jangan pernah lupakan aku okay. Aku mohon. T.T . kalau rinduu jangan lupa post dekat group FB, group FB pun nama sedih, ISD1E3 IN MEMORY. Yuhuuu

we are superman and powerpuff girl of 5C <3<3


Iftar 2012



<3<3<3 T.T
 simpan semua kenangan kita ya kawan-kawan. Bila Allah dah tuliskan yang kita semua akan jumpa lagi satu hari nanti, itulah moment yang akan aku tunggu-tunggu ! aku doakan semuanya akan Berjaya dunia akhirat. :’)



terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

cerita raya, tiket dan perasaan teruja

Assalamulaikum semua orang! Hihi


Lagi berapa hari je kita nak beraya kan. Kalau kira-kira ikut kiraan aku 7 hari saja lagi kan. Tak sabarnya nak raya kan, nak collect duit raya teeeetttt haha . agak-agak dah sebesar alam ni dapat lagi ke? Miahahaha *evil laugh*

Untuk budak uitm diploma kira hari khamis tu dah tak ada kelas dah, so boleh balik dah. Tapi sedih sikit lah sbb aku balik 3 hari sebelum raya, tak sempat nak tolong mak aku buat banyak benda. Wuwuwu. Tapi takpe lah aku bersyukur jugak sbb sempat jugak beli tiket bas. Kesian kawan-kawan aku yang tiket dah habis, takpe mungkin lah ada bas tambahan. Kalau tak ada korang beraya je kat segamat tu. Best jugak kot. Kiahkiahkiah :P


segamat- jb. saya punyeee!


Ha ni cerita pasal iklan raya bernas, korang dah tengok belum? Sedih weyy wa ckp dgn lu orang. Ermm kite ni semua beraya bukan kemain lagi kan, kadang2 kite lupa dgn segelintir golongan manusia yg akan berasa sedih masa hari raya. Contonhnya mcm anak yatim piatu. Lepastu tambah dgn tak ada family lagi. Ermmm tak tau nak describe mcm mana rasa sayu tu kan. Tp bila aku tengok iklan ni banyak kali pun kan, airmata aku tetap jatuh Y________Y . paling sedih lagi dia nak balik SEGAMAT wey, again SEGAMAT antara tempat yang ada dalam hati aku ni :’)


Psssssssssttt klik sini ------> IKLAN BERNAS HARI RAYA 2012


selamat hari raya. Minta maaf kalau ada salah silap ^.^









terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

remind













terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

apa yang kite perlu tahu :)



Bila kah jodoh itu akan datang semua nya kerja yang maha Esa,Kita manusia cuma jangan berhenti berdoa dan percaya pada kuasa Allah. Bagaimana Allah mampu ciptakan pelbagai perkara berlainan rupa,sifat & personality, begitu juga kebahagiaan. Jangan terlalu berfikir sesuatu di luar jangkaan,tapi jangan pernah putus asa pada Allah yang maha memberi kebahagiaan. :)
                 –Dina Bahrin         



Pesanan penaja: dah nak masuk bulan ramadhan kan, walapun belum lagi tapi kite nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Ehem first day puasa, kite sambut dekat rumah hihi :)

terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

sepantas supermak !


Assalamualaikum. eee lamanya tak bukak belog ni, rindu rindu rindu *sambil hentak kaki eheh ! banyak sangat benda nak cerita kat sini tapi kekangan masa yang tak dapat nak dielakkan, harap maklum yee, hihi

semester ni aku last semester, lepastu subjek agak kritikal sikit lagi2 ENT 300 *pengsan ! dah lama gila tak belajar subjek akaun pastu semester ni ada pulak belajar. Doakan segalanya dipermudahkan yee kawang-kawang ! :)

zulfadhilah, syuhada, nadiah ;) #aku baru perasan yg dorang ni pakai warna merah pastu aku sorang saja kelabu, konon mcm dorang ni apit aku lahh pftttt =.=


sayang-sayang aku kat 5c <3
Pesanan penaja; doakan kejayaan aku ye, doakan jugak segala yang aku lalui akan dipermudahkan, amin. Aku pun akan selalu doakan untuk korang semua ! bye muahhh peluk cium dari akuu! hihik




terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)