tertarik, menarik : adam dan hawa



Pagi petang siang malam semua nak tengok adam hawa je. Blerghhh bila cerita ni nak habis. Sebab aku rasa 80 episod tu sgt lama woi. Mcm tunggu durian gugur.. kehkeh

Almaklumlah dekat rumah manade mustika HD, so that haruslah menggunakan wifi utk nonton. Ya ampun dgn buffering lagi rasa mcm nak campak hempok laptop dekat tilam je. Nampak sgt tak sabar kan. Masya Allah syuhada.

Aku addicted cerita ni masa dekat segamat lagi, kalau cerita ni live dekat tv kul 10.30 kan, aku sanggup tunggu sampai pagi utk tengok online. Aaa kekadang je la sbb terlalu addicted. Why why huhh? Because ada aaron ajis lah. Haha aaron no kalau acting phewww memang superb kan sbb menjadi betol. Dan beliau sangat hamsem lah kan tu sbb aku suka tengok adam hawa. Trotototototottotttt =3

Okay ni sinopsis dari novel :


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...


Kalau nak tengok dekat online pun okay jugak, tekan sini adamhawa.

Semoga terhibur! Byeee uolsss :)



terima kasih baca wahai kengkawan. kalau rajin boleh komen :)

No comments:

Post a Comment